Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Lahir.

Last post 8 Nov 2015. Harini 8 May 2016. 6 bulan kemudian. Haha. 

Huda nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang awesome, yang super sporting, yang garang, yang tegas, tapi masih ada kelembutan dalam diri nya. Itulah ibu. Yes, your lovely mama. 

Mama, garang tapi manja. Tegas tapi hatinya lembut bak kapas. Dari kami lahir mama kerja sampai 2009 semata-mata nak besarkan kami 3 orang adik beradik. Baru sekarang mama ada masa nak manjakan diri mama. Tapi itulah, Segala penat lelah jerih perih bangun 4 pagi selama bertahun-tahun tak pernah mama ungkap depan kami adik beradik. Begitu jua apa yang terbuku di hati mama. Masa kami belajar dulu, tak pernah mama cakap takda duit. Tapi sebenarnya kami yang tak tahu bagaimana gigih nya mama dan abah mencari duit. Terima kasih mama abah. 

Sekarang, anak-anak mama dah boleh berdikari dan ada kehidupan masing-masing. Kami hanya mampu berterima kasih dan membalas budi dan semestinya kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan mama dan abah selamanya.

Maafkan anak-anak mu ini kerana tidak menyelami hati dan perasaan mama yang bersusah payah menjaga kami. 

Maafkan kami andai pernah menguris jiwa seorang ibu yang telah melahirkan kami ke dunia nih. 

Mama, doakan kami dapat menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak kami. 

Abang long, Abang ngah, Nurul sayang mama. 

*wipingtears*
Selamat hari lahir Nurulhuda. Semoga kau terus tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Nya. Pinjam kekuatan mama dan kesabaran abah , insyallah semua nya akan okay. 

Pedulikan apa diorang kata sebab kau memang macam tuh. Tak pernah kesah orang kata apa. Yang penting hati kau gembira. 

Kau ada abang-abang yang tak lokek dengan kau, kakak-kakak ipar yang cantik dan independent, anak-anak saudara yang sentiasa comel. 

Yang paling penting, kau ada mama dan abah yang tak pernah lari dari dengar setiap inci masalah kau. Sekarang, kau dah ada suami yang sentiasa sokong kau walau apa jua kau lakukan. Kekuatan kau,syurga kau. Itulah En suami. 

Kawan-kawan rapat kau yang sentiasa ceria dan sentiasa ada di setiap langkah kau. 

Alhamdulillah. Setiap kali sujud huda tak pernah lupa utk mendoakan semua yang mendoakan yang terbaik untuk huda. Semoga doa berbalik kepada awak semua juga. 







psstt : lets blow a cake :)

Thanks for reading ^^

Cikhuda bertukar kepada PuanHuda

Sepatutnya dah lama dah nak update tentang Majlis kami. Tapi biasa-biasa jek. Malu lah itewww. 

Taknak cerita tentang majlis yang dah 3 bulan berlalu. Entri nih hda nak cerita 'Our Love Story'

Siapa kata dah takda lagi percintaan lepas nikah. Ada ! Hda laluinya. And Alhamdulillah everythings was going on as planned. 

Kami kenal sebab ada seorang kawan mama kenalkan. Cik Aida. Cik Aida nih hda dah lama kenal sejak pindah Bandar Putra sebab rumah hda depan surau. Jadi kalau terawih atau majlis apa-apa kenal lah ramai kawan mama. Lepas habis degree, dye pon ter tanya mama, 'Nurul bila lagi?' Mama cakap ' Kau carikkan lah seorang'. Tapi nada gurau jelah. Sekali betul-betul dia cari. 

So, kami jumpa hari Jumaat, 9 Jan 2015. Nih first time nih jumpa. Walaupon suami hda ada restoran dan hda pernah pergi sekali jek  (sebelum kenal). Hda tetap tak kenal. Mama pon! Then borak-borak bersama sekali mama, mak dia (sekarang MIL), Cik Aida dan Taufik (Anak Cik Aida). Dia pon mintak no telefon depan-depan semua orang and first thing first yang hda fikir, 'Okay Gentleman'. Haha

Seminggu selepas itu, 19 Jan 2015, mak dia dan bakal suami nak berkenalan dengan abah. Sebab abah kerja masa jumpa di rumah Cik Aida. So, cerita punya cerita. Rupanya merisik. Awwww. *sorok belakang langsir*. Dan Majlis Bertunang sebulan selepas itu. Iaitu Cuti Raya Cina. 21 Feb 2015. Boleh tengok kat entri nih --> #offmarketparty . Tapi satu jelah gambar tunang. Hehe. Sebab En Tunang pon takda masa tuh. So takda mood nak bergambar. *gedik*

159hari selepas tuh, 31 Julai 2015 kami selamat bernikah di surau depan rumah. Dan Majlis kami pada 1 Ogos 2015 di Dewan Raya Bandar Putra. 

Hda payung gambar sikit !

Bersama #groupapam. Fahmi seorang jek takda. Huhu

Dengan Family Hda. :)
Husband's Family. :) *am i close my eyes* -..-'

Thats all untuk gambar kahwin, Takkan nak upload gambar-gambar romantik. Kang ada yang muntah hijo. haha. 










*pitstop : Sedar tak sedar dan nak masuk 4 bulan perkahwinan kami. Doakan yang terbaik :)


Thanks for reading ^^