Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Lahir.

Last post 8 Nov 2015. Harini 8 May 2016. 6 bulan kemudian. Haha. 

Huda nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang awesome, yang super sporting, yang garang, yang tegas, tapi masih ada kelembutan dalam diri nya. Itulah ibu. Yes, your lovely mama. 

Mama, garang tapi manja. Tegas tapi hatinya lembut bak kapas. Dari kami lahir mama kerja sampai 2009 semata-mata nak besarkan kami 3 orang adik beradik. Baru sekarang mama ada masa nak manjakan diri mama. Tapi itulah, Segala penat lelah jerih perih bangun 4 pagi selama bertahun-tahun tak pernah mama ungkap depan kami adik beradik. Begitu jua apa yang terbuku di hati mama. Masa kami belajar dulu, tak pernah mama cakap takda duit. Tapi sebenarnya kami yang tak tahu bagaimana gigih nya mama dan abah mencari duit. Terima kasih mama abah. 

Sekarang, anak-anak mama dah boleh berdikari dan ada kehidupan masing-masing. Kami hanya mampu berterima kasih dan membalas budi dan semestinya kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan mama dan abah selamanya.

Maafkan anak-anak mu ini kerana tidak menyelami hati dan perasaan mama yang bersusah payah menjaga kami. 

Maafkan kami andai pernah menguris jiwa seorang ibu yang telah melahirkan kami ke dunia nih. 

Mama, doakan kami dapat menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak-anak kami. 

Abang long, Abang ngah, Nurul sayang mama. 

*wipingtears*
Selamat hari lahir Nurulhuda. Semoga kau terus tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Nya. Pinjam kekuatan mama dan kesabaran abah , insyallah semua nya akan okay. 

Pedulikan apa diorang kata sebab kau memang macam tuh. Tak pernah kesah orang kata apa. Yang penting hati kau gembira. 

Kau ada abang-abang yang tak lokek dengan kau, kakak-kakak ipar yang cantik dan independent, anak-anak saudara yang sentiasa comel. 

Yang paling penting, kau ada mama dan abah yang tak pernah lari dari dengar setiap inci masalah kau. Sekarang, kau dah ada suami yang sentiasa sokong kau walau apa jua kau lakukan. Kekuatan kau,syurga kau. Itulah En suami. 

Kawan-kawan rapat kau yang sentiasa ceria dan sentiasa ada di setiap langkah kau. 

Alhamdulillah. Setiap kali sujud huda tak pernah lupa utk mendoakan semua yang mendoakan yang terbaik untuk huda. Semoga doa berbalik kepada awak semua juga. 







psstt : lets blow a cake :)

Thanks for reading ^^