LeLaki mErOkOK sEbAb ??????????

Assalamulaikum semua . Ahaa !! Entri kali nih tembam nak cerite kenape lelaki merokok (mengikut pandangan tembam sendiri) hahaha .

1)Ikot kawankawan .
Tengok macam masyukkkk jek kawan tuh merokok , dye pon nak try jugak . Lamelame , bkn try lagi . Macam serombong kereteapi , berkepulkepul asap tuh keluar dari mulut .

2)Ade awek .
Bila ade awekawek cun melecur melecun lalu , haaaaa , mulalahhhh . Ambik sebatang rokok , hisap depan perempuan tuh dengan niat nak tarik perhatian . Hei , please lahhhh . Kebanyakan perempuan TAK SUKA , ya ! tembam ulang lagi sekali , TAK SUKA lelaki yg merokok . Tapi ade jugak perempuan yang carik lelaki merokok . Mungkin dalam 1-2 peratus jek kot . Erm ,  Ade jugak awekawek yang tak kesah kalau dapat boyfrend yang merokok . Itu semua bergantung pada individu itu sendiri . Ni pendapat tembam jek .

3)Stress
Ade golongan lelaki yang hisap rokok bukan sebab kawankawan (lelaki yang tak mudah terpengaruh), bukan sebab ade awek atau segala bagai , tapi sebab dye stress . Mungkin dengan keje , dengan keluarga , dengan duit . Hei , Zaman sekarang ade duit pon stress , takde duit pon stress tau . Bahaya kan ? So , bila diorang ni stress , salah satu nak lepaskan stress dengan merokok .

Macam tuh lah antara pendapat tembam kenape orang lelaki nih merokok tak tentu pasal . Haha .
Kalau ade sapesape nak marah , (kalau boleh janganlah marah) . atau nak tambah ape yang patut . boleh komen di tempat yang disediakan . :)









p/s : tembam tak merokok . hahahaha .
Thanks for reading ^^

jOm bUaT PaRt tImE jOb ???? kEjE SeNaNg dUiT pOn mAsYuKkK ~


Assalamualaikum semua , selepas dua minggu bertungkuslumus menyiapkan dua sh0oting . Hari ni boleh tarik nafas lega . Alhamdulillah .

Memandangkan takde kerja hari ni , jom buat part time job , Senang jek . Boleh carik duit sikitsikit kan ? Lagilagi senior yang tengah beronokronok kat rumah tak buat ape . Haha . Senior lagi .

Ok , tanpa buang masa , klik http://tembam.webs.com/ . Kalau anda berminat , boleh gak terus add fb tembam dan pm tembam k . Huhu .

Hari ni hari jumaat ,
Tembam memang takde kelas ,
Kalau ada yang berminat ,
Jangan lambatlambat takut terlepas .

Ok tak ? Ok tak ? Boley lahhhhhhh . Layannnnnnnnn . Papai !!
Thanks for reading ^^

FeeeeeWiiiiit !!! CaYaLahhhhhhhh !!!

Assalamualaikum semua . hehe . Dah selesai kerja runners Debat Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan ni . Penat jangan cerite lah an . Macammacam cerita pon ade . haha . Berbelit lidah . Otak tembam tak boleh berfungsi dengan normal sekarang sebab dah 5 hari berturutturut bangun awal . Arh ! Jangan tanya kenape . Haha .

Habes drama english , jadik runners . Habes runners , buat dokumentari arab . Habes arab , buat esaimen duadua madah . Waaaaaaaahhhhhhhh !! Pandainye tembam susun jadual !! hehe . Seniorsenior semua tengah beronokronok kat rumah . Kitorang pelajar tahun SATU !! Bertungkuslumus menghadapi short sem yang tak berape short sgt . haha . Next year , ketawakan budakbudak tahun satu pulak . Hurm , beshnyeee cutiiiiiiiiiiiii !!


Dahlah !! tak mampu nak tulis panjangpanjang , nak hafal skrip arab pulak . ok . Pai !!
Thanks for reading ^^

sHoOtiNg !!!

Assalamualaikum semua . Tembam betulbetul mintak maaf tak sempat nak update blog . Short sem ni sibuk sangat . Nak shoot drama lagi , nak shoot dokumentari lagi , nak buat dua esaimen lagi . Banyak sangat keje . Ni pon update sekejap lah sementara nak tunggu pukol 4 . Tadi dah shoot dah . petang nanti sambung lagi . Adoyai . Tak menang tangan . Yang drama tembam jadi crew belakang tabir . Uuuuiiisssshhh . Sibuk nya tuh sama dengan pelakon tau !! Alaaahhhh . yang penting semua main kan peranan yang mantap . Betol tak ? Betol tak ?

Dokumentari pulak duduk depan kamera . Acewaaaaaahhhh !! Suka sangat . Huhu . Tapi shooting untuk dokumentari belum start pon sebab yang drama ni belom siap lagi . Insyallah petang atau esok dah siap kot .

Cakap pasal esok !! Esok dah start nak jadi runners debat Bahasa Arab peringkat Kebangsaan. Tembam iring Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang . Bukan setakat iring tau , tembam yang kene uruskan pendebatpendebat sekolah ni dari dyorang jejak kaki ke USIM sampai dyorang balek ke Terengganu semula . Dengar macam seronok kan ? Tapi dalam hati ni berkecamuk dan berkencang kuat sebab bukan senang nak buat keje iring mengiring , pantau memantau ni . huhu . Doakan tembam dapat buat yang terbaik dan semua yang dirancang dapat dijalankan dengan senpurna . Amiiiiiiiiiinnnnnnn !

Oklah . Ni ada oleole sikit . Gambar budakbudak kelas B4 program bahasa . nak pergi shooting !! pai !!

tengah rehat :)

semua khusyuk :P

cover betol !!




p/s : gambar dyorang semua tembam curikcurik ambik . :)
Thanks for reading ^^

dAh tibA MaSa uNtUk pErGi

Ihsan pakcik Go0gle
A time you thought about ending your own life .

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah sehingga hari ni Allah masih bagi peluang untuk hirup udara , beribadah , bergelak ketawa dan melakukan aktiviti harian seperti yang dirancang . Dalam dunia ni ada banyak perkara yang berlaku tibatiba @ tak seperti yang kita jangka . Antaranya Kematian .

Semua orang tak tau bila dye akan dijemput oleh Malaikat Maut , bagaimana dye akan dijemput , kat mana , dan segala seribu pertanyaan dalam kepala yang tak boleh dijawab dengan akal yang waras atau dalam keadaan otak yang berfungsi dengan baik . So , bende ni lah yang kita takkan jangka akan terjadi . Lumrah alam , yang tua akan pergi dulu , yang muda akan menongkah dunia . Benda yang kita tak jangka ialah ada yang muda , yang sihatsihat , pergi dulu menghadap Illahi . Yang tua masih giat mencari nafkah @ rezeki .

Lamalama bende yang kita tak biasa ni dah jadi biasa  . Contohnya , Yang mudamuda mati accident . lagi popular , yang pergi dulu tuh semua budakbudak muda yang baikbaik , solehsoleh , solehahsolehah . Perasan tak ? Kalau tak perasan , tanah runtuh yang barubaru ni . Mangsanya ialah Anakanak Yatim dan Rumah kebajikan uw . Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ni . Kita sebagai hamba Allah tak layak nak bertanya kenapa kita , kenapa dye , kenapa terjadi . Terima dengan hati yang terbuka dan redha . Insyallah Allah akan memberikan ganjaran yang terbaik untuk kita .

Tembam tau tembam takkan rasa ape yang keluarga mangsa rasa atau pon mangsa tuh sendiri . Sebab setiap dari kita diberikan ujian yang berlainan . Mungkin ujian Allah untuk tembam lain pula . Sekarang masa Anakanak yatim dan Penghuni Rumah Kebajikan tuh . Esok lusa kita takkan tau ape yang bakal terjadi . Segalagalanya telah tertulis di Luh Mahfuz . Jangan merungut dan juga marah kerana itu semua sifat syaitan bermulanya ketika Allah memerintahkan seluruh alam untuk sujud kepada Nabi Adam , tapi syaitan tidak sujud kepada Nabi Adam alahissalam . Akhirnya syaitan dilaknat oleh Allah dan seluruh pengikut syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka . Nauzubillahiminzalik . Jadi , mulakan hari dengan bismillah . Sebelum tidur baca doa tidur k . :)






p/s : bersyukur dengan apa yang ada lebih baik dari merungut dengan apa yang ada . :)
Thanks for reading ^^

DaY 04

Ihsan blog :)
Your views on religion .

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh . Hari ni panjang sikit salam nya . :) Tembam nak cerita pasal Religion . Kalau nak tau dalam fakta pakcik Go0gle , macam biasa , klik saja .

Tembam tak nak cerita pasal religion lain . Tembam nak cerita serba sedikit pasal Agama Islam . Agama yang paling syumul ( sempurna ) .

Firman Allah s.w.t .
"tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah . Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah , maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus . Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui " Surah Al-Baqarah : ayat 256

"Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan aku telah meredhai Islam itu agama bagimu " Surah Al-maidah : ayat 3

Islam itu bukan di nama sahaja . Ia perlu dibenarkan di hati , diakui dengan lisan , dan diamalkan dengan perbuatan . Tembam bebelbebel ni tembam menasihatkan diri tembam juga . Sebab manusia nih takkan lari dari buat kesilapan dan kesalahan . huhu . So , maaf dan memaafi lah sesama kita . Barulah hidup aman dan bahagia . :)



tag to : Islam
Thanks for reading ^^

DaY 03

bulat mata budak nih tengok Whiskey .

Perempuan ni tengah layan dadah .

Jenisjenis dadah .
Your views on drugs and alcohol .

Assalamualaikum semua . Makna tajuk di atas ialah "Pendapat awak tentang DRUG dan ALCOHOL . Kalau korang nak tau apa maknanya dalam fakta pakcik Google , klik jek perkataan tuh .

Tak banyak yang tembam nak ulas pasal tajuk kat atas . Tapi tembam cuba yang terbaik . hehe . :)

Dadah ni boleh diguna pakai tapi dengan syarat untuk buat ubat . Bukan untuk berkhayal , hilangkan stress , watsoever . Dadah ni tersebar luas tanpa pengawasan pihakpihak tertentu disebabkan ada yang mengambil kesempatan . Mana tak nya , paket kecik dadah boleh cecah berpuluhpuluh ringgit mengikut jenis dadah . Jadi , ada lah yang menggatal tangan ambik dadah ni buat bisnes . Jual pada anak bangsa sendiri . Sedih tau ni . :(

Alcohol pulak minuman yang memabukkan atau mengkhayalkan . Islam sendiri MENGHARAMKAN pengambilan alcohol @ arak ni .

Firman ALLAH S.W.T
"Wahai orang yang beriman , sesungguhnya arak , judi , berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan . Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan " Surah Al-Maidah : ayat 90 .

Tau tak arak ni air kencing syaitan tau . Najis ! jadi kenapa nak minum najis ? Mentangmentang lah tak nampak syaitan tuh kencing , so , tak rasa geli ar ? EEeeeeiiii , loya tekak tembam . Dahlah . Cukup samapai sini jek .

Assalamualaikum .






p/s : Ayat diatas takda kene mengene dengan yang masih hidup atau pon yang telah meninggal dunia .
Thanks for reading ^^