Rosak diet !


Semalam mama masak ikan kerisi sambal ! nyumnyumnyum . Kalau dengar pasal sambal , berlarilari air liur dalam mulut nih . haha . Melainkan sesiapa yang tak suka pedas , kalau orang cakap lemak cili padi uw , dia biasa jek . Macam huda pandang ikan kicap jek kowt . Haha .

Nak dijadikan cerita , bila dah start puasa . Huda on diet ! waaaahhh . Serius huda cakap wei , jangan kau tak caye . Bukan senang oke , dah sepuluh hari huda berusaha keras taknak makan nasi banyakbanyak . Akhirnya , huda kalah juga dengan ikan kerisi masak sambal . Hadoy !

Mane tak nye , huda kecur jek bila gaulkan nasi + ikan untuk melati . Melati pon dua pinggan ! Lapor benor melati uw . Malam tuh huda dua pinggan jugak . hewhewhew . Tapi takdelah dua pinggan yang sebukit tuh , sikitsikit jek . Huda buka puasa pon makan kurma dengan kuih keria jek , sebab nak simpan space untuk nasi . Harharhar . Buruk perangai anak dara !

Dah 11 hari kita berpuasa . Dah masuk fasa kedua dah . Macam mane fasa pertama korang ? Hurm , tepuk dada tanya iman . :)

Okelah , selamat berbuka kejap lagi . Salam .






pitstop : bulan puasa bulan penjimatan ! >.<

Thanks for reading ^^

Sedu di bulan puasa :)



Kata orangorang tua , kalau tersedusedu . tandanya nak tinggi . hehe . Huda tak tahu betul ke tak kesahihannya . Tapi budakbudak kann . percaya semua ape yang orang tua kate . hewhewhew . Dan huda pon termasok jugak . =..='

Memang secara umumnya , semua orang tahu , kalau tersedu jek , orang tua kate ape , "pergi minum air, pergi minum air" . Kan ? Kalau baby , ambil sikit kertas atau tisu , basahkan *lagi mujarab guna air liur mak , lekatkan kat dahi baby uw . Sebab baby kan tak boleh minum air bebanyak . Kang penuh pulak perut baby uw , dahlah perut dye tecik tomey .

Tapi setakat nih yang huda tengok , menjadi lah buat kat baby uw kan ? kesian tengok baby tersedu . huhu . Kalau orang dewasa ? minum air jelah . Kalau puasa macam sekarang nih , haaaaa . Nih yang nak kongsi satu tips :D

Bila dah tersedu tuh , tarik nafas melalui hidung , tahan 3 saat , lepaskan semula melalui mulut . Macam tarik nafas masa bersenam . Buat dua tiga kali . Insyallah boleh hilang sedunya .

Nak tahu asal usul manusia tersedu ? Tekan pelanpelan kat SINI !

Ok , salam ramadhan ke 9 :)





pitstop : kucing pernah sedu tak ? *curious*

Thanks for reading ^^

Mesti bergenang punya !



Siapa tengok cerita Feri Terakhir di TV9 semalam ? Memang menusuk kalbu betul . Gandingan suami isteri Azad Jazmin dan Eira Syazira bersama pelakon terkenal tanah air seperti Maimon Talib , Maimunah .

Cerita memang syahdu giler . Berkisahkan ayem (Azad Jazmin) , seorang yang cacat dan miskin . Dia bukan cacat pendengaran , penglihatan . Tak tahu nak describe cacat dia camne . Lepas tuh si ayem nih berkawan dengan ecah (Eira syazira) yang cantik dan kaya . Ayem suka lah kat ecah nih . Sebelum ecah nih pergi sambung belajar di New York , ayem pernah masuk meminang ecah tapi ditolak mentahmentah oleh cik tanjung , ibu ecah (Maimun Talib) atas sebab ecah nih nak pergi sambung belajar lah kan . Lagipon , dia memang tak suka dengan ayem nih . Sebab ayem nih cacat dan miskin . Kononnya nak kahwinkan dengan anak orang kaya dari kampung sebelah . Masa cik embong , ibu ayem (Maimunah) menangis sebab kene hina dengan cik tanjung uw memang sedih sangat . sobsobsob .

Eira syazira memang pandai berlakon . Dia kalau nangis , nangis betol . Sama dengan Fasha Sanda dan Elly Mazlin . ish . Ketigatiga pelakon wanita yang pandai nangis real punya ! Bukan setakat dua tiga titik air mata tauu . Cakap satu dua ayat , bergenang dahhh matanya . Baru ada class kan ?

Tapi memang huda cakap , ceritacerita macam nih memang bagus punya . Bulan ramadhan , semua stesen TV menyediakan ceritacerita yang bagus ditonton seisi keluarga . Sampai masa sahur pon , cerita TV3 tak kurang juga hebatnya . haha . Dengan mamaimamai bersahur , sempat juga huda tangkap leleh . hahaha .

Habis cerita Feri Terakhir semalam , huda ada compius sikit . Huda tak tau kenape tajuk "Feri Terakhir" . Hurhurhur . Ish ! Sedeyy lah kau nih huda . =..='

Papepon thumbs up buat pasangan suami isteri azad dan eira syazira sebab bawak watak dengan baek sekali . Bukan senang aw nak buatbuat cacat . Last sekali , ayem kawen tak dengan ecah ? Nak tahu kesudahan cerita nih . Pergi lah tengok di tonton ! hewhewhew . Ponat eden nak tulih sumo cito . Boleh cramp jari jemari ku yang chubby ini ! Auch !

Oklah . pai . Salam :D






pitstop : mama cakap elok ler laki bini berlakon , nak pegangpegang pon halal , nampak sweet jek :)

Thanks for reading ^^

Andai sebiji kurma :')



Masa ontheway nak balik kampung hari tuh , huda dengar radio ikim dalam kereta . Ade beberapa nasihat sempena dengan bulan Ramadhan dari Professor Dr Muhaya . Website ---> Dr Muhaya .

Salah satu nasihat prof dalam bulan Ramadhan nih . Banyakkan bersedekah . Huda tertarik dengan satu cerita prof nih , mungkin ada yang pernah dengar . Bagi huda macam first time kowt .

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW sedang nazak . Huda lupa namanya . Sory ya . Jadi , sebelum sahabat Nabi ini meninggal dunia , dia nampak amalan dia bersedekah separuh kurma kepada orang laen . Dan separuh lagi kurma untuk dirinya . Lalu dia berkata , "andai sebiji kurma" . Mungkin kerana dia telah melihat kebaikan yang Allah akan balas untuk separuh kurma itu . Andai sebiji kurma ? Masyallah . Tidak ternilai kebaikan itu .

Prof juga ada menasihatkan pesakit dia yang akan menjalani pembedahan , banyakkan bersedekah agar dipermudahkan pembedahan . Ini kerana kata prof , "bukan saya yang melakukan pembedahan itu , tetapi Allah SWT , saya cuma alat sahaja" . Allahuakbar .

Lagilagi pada bulan Ramadhan nih , perbanyakkan bersedekah . Mane tahu , jiran sebelah menyebelah kita mungkin ada yang bersahur air masak sahaja , mungkin ada yang berbuka kurma sebiji dua sahaja . Kalau ada rezeki lebih kita berkongsi . Hati gajah sama dilapah , hati semut sama dirasa . Semoga kita semua memperoleh keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini .

Huda cuma insan yang kerdil , ampun dan maaf kalau ada salah dan silap . Samasama kita perbetulkan :)

Salam ^_^








pitstop : speechless

Thanks for reading ^^

Exclusive Ramadhan Giveaway By Kiera and Iera



Tag :
Lin & Aisyah
Done ! Nak join ? Klik banner tuh , jangan sesegan ya , buat macam rumah sendiri .

Salam :)






pitstop : tibetibe rajin nak join GA :)


Thanks for reading ^^

Segmen saya nak kad raya dari yuyu !



Lame tak dapat kad raya . Last dapat pon masa time sekolahsekolah dulu . hehe . So , huda nak join lah segmen cik yuyu . Siapa nak join jugak , sila lah klik banner dibawah nih :)

Siapa yang join segmen nih tak semua dapat kad raya tau , cik yuyu akan beri kepada yang bertuah sahaja . Tapi lagi banyak penyertaan , lagi ramai yang akan dapat . 

ok , pai , salam :)






pitstop : siapa nak bagi huda kad raya lagi ? ngee :D

Thanks for reading ^^

Balik Kampung !



Ingat hari raye jek ke baru nak balik kampung ? Hari pertama puasa juga . Memang sudah menjadi kelaziman family huda akan balik kampung 1 Ramadhan . Lagipun , kampung huda dekat jek . 30 minit dah sampai . Hehe .

Amacam sahur tadi ? Huda bangun lambat . 5.15 baru mama siap masak . Bangun dah terkocohkocoh basuh muka semua . sobsobsob . Makan jelah mane yang sempat . Sempat lah jugak huda telan nasi . Teheeee T_T . Kalau kat hostel dulu , minum air jek kalau malas nak turun dewan makan . Kat rumah kalau malas , mama babap nanti . Eh , takdelah . Sebab sahur tuh kan baaaanyaaak keberkatan .

"Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
 
(Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja. 

*sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

So , sahur lah walau pon segelas air . Semoga kita semua memperoleh rahmat dari-Nya :)

Salam ( ^_^ )






pitstop : teringat dulu berpuasa kat asrama . :'(

Thanks for reading ^^

Syukur tak terhingga :)



Insyallah , esok bermulalah bulan ramadhan yang mulia . Kalau diikutkan Islam , magrib nih dah masuk 1 ramdhan kan ? Malam ni start solat terawih dah . Seronoknya ! Alhamdulillah , Allah masih panjangkan usia kita untuk merasai bulan Ramadhan tahun nih . Semoga kita semua memperoleh barakah di bulan yang mulia ini . :)

Huhu , semalam huda dah pergi apply brokben baruu . Perghh , lajuuuuu jek . Biasalah tuh , barubaru lagi . Teheee . So , kalau takde aral melintang , Insyallah , huda akan bw semula . Yahhoooo .

Tujuan entry nih nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia . Mekah , Mesir , Palestin , Thailand , Indonesia dah start puasa hari ni . Means saudara kita disana dah 1 Ramadhan *sumber : Mardhiah* . Kita ? Insyallah , magrib nanti . Semoga Allah mempermudahkan saudarasaudara kita disana . Berikan mereka kekuatan dan ketabahan yang tinggi . Kita disini perlu bersyukur dengan apa yang ada . Ramadhan mengajar erti bersederhana . Jangan lupa tuh . Pesanan ringas buat semua dan diri ini juga :)

Salam , pai :)




pitstop : Ahlan wasahlan ya Ramadhan :)

Thanks for reading ^^

Kita tunggu jelah ya :(



Hurm , pertamanya huda nak mintak maaf sebab tak blogwalking balek blogblog korang yang sudi datang ke blog huda and follow here . Huda memang nak bw balek , tapi brokben nih memang dah tak boleh buat ape dah . Tinggal nak terminate jek nih sebab modem nye dah rosak rasanya . Belom berkesempatan nak pergi centre lagi . Sabar ya . Huda pon rindu nak bw dan terjah blogblog yang bestbest . Ape yang huda mampu buat update entry jek . Sebab loading memang lame . Bukan blog korang jek , kadangkadang huda pon tak online 1 hari .

Oke , korang jangan rindu huda tauuu , hehehe . Huda rasa rugi sangat sebab ada banyak GA bestbest kowt . Sabor jelah ~ Huda geram jek tengok linklink blog dalam group fb Kami Blogger Tegar . Huda memang nak klik , tapi berzaman lah huda nak tunggu . Nak tengok shoutbox huda pon tak boleh apetah lagi shoutbox orang laen .

Huda dah boleh tidur dengan lena sekarang sebab selagi tak bagitau masalah ape yang terjadi , rasa ade something terbeban dalam pale otak nih . Haha . Mesti ada orang cakap "Perlu ke nak bagitau orang oke ?" . Eh ? biarlah , at least orang tak cop huda sombong sebab tak comment balek atau bw balek . Ye dak ? So , demi mengelakkan perkaraperkara yang tak diingini , kita kene ambil langkah berjagajaga . Watcha !

Thats all from me . Pai , Salam :D








pitstop : Don't talk like you are already in the book -The bourne supermacy-

Thanks for reading ^^

Examination #1



Sebenarnya lame dah nak update , tapi nak bukak blog pon susah . Camne nak update ? Once dah bukak , bila nak tulis entry , loadingg pulak . Hurm . Sedeeeyyy betol ngan brokben huda nih . Biasalah , almost 2 years kowt brokben nih . Dah rosak agaknya . haha .

Okeoke , back to the topic , huda memang dari time exam memikirkan nak update ape nanti kat rumah . haha . kadangkadang jelah . Kalau tengah ngantuk , suka pikirkan bendabenda yang menarik . Biar cepat semangat semula . Macam tengok gambar makayah ke kannn . :)

Dan salah satu idea nya ialah , huda update pasal peperiksaan . Setiap orang ade pengalaman dan kenangan masingmasing kannn . *tersenyum sorangsorang* :D

Hari pertama huda periksa kiranya first payyyyyperrrr *pengaruh TV* lah kannn . Sekali subjek Arab dah . Nasib baik lah Multiple Question , abcd gituh . Subjek Arab nye ni jelah . Akhlak dan Tasawuf . First paper memang semangat kemain ! haha . Datangdatang tak study dahh . Kononnya dah bersedia . Sekali dah nak masok dewan . Boleh pulak nervous macam tak pernah exam . Biasalah . first payyyppperrrrr *annoying* . Even Mcq oke . Senak perut huda melayan nervous tuh . *salah satu kelemahan huda*

Exam pon ok , cuma duduk sebelah budak laki yang aku tak suka . *terusterang* . Ok , fine . Bukan tak suka sebab ape pon , just perangai dye tak berape nak elok lah . Erm . Tapi otak memang tiptop . Budak lelaki kannnn *nada cemburu* .

Kalau korang pon ade cerita pasal first paper korang atau hari pertama korang exam , jangan segan silu lah nak komen oke . Saje nak berkongsi ceritacerita . hehe .

Huda nak pergi breakfast dulu . Salam , pai :D







pitstop : sarapan mcm raja , tengahari mcm putera , malam mcm papa kedana . :)

Thanks for reading ^^

Entry Pertama Selepas Final ! :D



Kalau boleh senyum sampai ke telinga , huda akan senyum sampai ke telinga . Huda happy sangat sebab huda dah boleh update blog , blogwalking , dalam erti kate laen dah CUTI !! Haha . Ouh , sungguh gumbira rasa dihati ini . Syukur tak terkate nikmat cuti ini . *even ade yg awal start cuti sem * Cis =..='

Sebenarnya huda balek Johor last week . Hari selasa petang sampai rumah dah . Hehe . Huda habeh exam Isnin pagi , petang Isnin tuh ada gotong-royong dirumah sewa . So , takpelah kan , lewat sehari jek . Ada yang lagi lambat lah sebab ada Koko lah , camping lah , program lah . Biasalah , habis exam memang banyak program . Nak datang dgn taknak datang jek . Huda nak join sebenarnye , tapi jumaat malam ade kenduri kesyukuran kat rumah . Plus , malas lagi . kihkihkih .

Oklah . Im just wanna tell you that Im back !!! hehehe . Hope brokben tak buat hal . Sebab lately bapak berat line nih ! 'LAJU' semacamm . Bosan seyh tunggu lelame , lastlast , huda tekan X kat hujung nuuunnn sane . Haha . Nampak sangat tak menyabor nye .

Oklah . Pai . Salam :)





pitstop : tengah mencari GA yang best nak join ! *rambang mate*

Thanks for reading ^^