#offmarketparty and #groupapamondate

Sejak kata nak kahwin nih, tak dan nak fikir ade bachelorette party sendiri. Lebih-lebih lagi disambut dengan kawan-kawan baik yang sama gila gonjeng study lepak makan gossip. Siapa lagi kalau bukan #groupapam. Siapa dyorang nih ? Boleh tengok entry hda kat SINI
Jom tengok gambar dulu. hehe. 

Gila tak syiok ? Haha, Tapi yang nih combine sekali dengan birthday hda. 2 in 1 lahh. Party was held at Hotel Ancasa & Spa Kuala Lumpur. 

Tapi memang lakonan dyorang menajdi, menjadi sebab berjaya buat hda marah pada petang sabtu tuh. Kate nak pergi beli ticket lah, apelah. 

Ceritanya, kami kumpul reramai last week sebab nak pergi wedding kawan kulaih kami. Lin dan Nasrul. Okay hda payung satu gambar. 


So petang jumaat tuh ktorang dah gerak dari rumah masing-masing dan jumpa di TBS dan Subang. Hehe. Thanks to Syalid sebab jadi tuan rumah kalau #groupapamondate. Haha. Harituh kami pergi Sunway Lagoon. Dye jugak yang layan kami. Sunway Lagoon next entry. In syaa Allah :)

Lepas pergi wedding Lin dan Nasrul. *tiba-tiba teringat ayam golek kat Majlis dyorang. Sedap bak hanggg. Kenyang kami. Alhamdulillah. Syalid dan ira kononnya nak pergi beli tiket bas balek kat Piramid. Rupenye pergi check in hotel dulu sebab nak tiup belonn. Alalalala. terharuuuu. Hda dan Asmaa kene stay di Majlis Lin dulu sebab tunggu piqa. Hda nak nak mengamuk sebab piqa lambat. Rupenye pergi beli kek dan belon love-love. Yang boleh berdiri tuh. 

Sampai hotel hda dah nak wee-wee, duduk kat lobby whatsapp kat group tanya kat mana. Hda dah diam jelah masa tuh sebab dah marah kan. Dah belengas, dah nak wee-wee, haishhh. Menyirapp hda. Satg syalid dengan ira datang senyum-senyum, Hda diam jek tapi dyorang bagi kunci kat hda suruh hda pegang dan bukak pintu lah nanti. Masa nih tak fikir ape dah. Sampai ira cakap,
 'tengok hud dah marah'. Hda balas 'Lepas aku wee-wee baru kita cakap'. 

Sampai bilik, memang gelap, tapi hda nampak dah belon tuh. Patutnya hda terus bukak lampu, tapi hda macam blur-blur, nak pergi tekan suis. Hotel mana main tekan-tekan, kan pakai kad cucuk. Sengal hda. haha. 

Dan malam tuh memang having fun sampai lebam lah sebab ambik gambar lah, makan lah, minum chatime lah, tengok tv lah, tengok KL tower malam-malam. Cantek lampu-lampu. Best sangat. Alhamdulillah untuk kasih sayang nih. 

In syaa Allah, will announce tarikh majlis hda. Kalau takde kat blog, FB akan di update. hehe. Macam tak caye hda nak kawen. Haha. Bukan korang jek tak caye, aku pon juga. 

Last but not least, exclusive untuk pembaca blog hda. *ada ke?*


Rasa macam tak boleh bukak mata hda bila pakai bulu mata. Berat benor. Haha. Nak bulu mata macam che ta lah. Ringannn. hehe. 







pitstop : Nanti dah kahwin, hda upload gambar bertunang dan Majlis kami. In Syaa Allah. 

Thanks for reading ^^

1 comment:

ɴᴀᴋ ᴋᴏᴍᴇɴ ?
sɪʟᴀsɪʟᴀ . ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴍᴀʟᴜᴍᴀʟᴜ .
ʜᴜᴅᴀ sᴜᴋᴀsᴜᴋᴀsᴜᴋᴀ ツ