Jahat betol hda nih. Sebulan ade 30 hari , sesuka hati dye jek nak summarize kan. Bhahaha. Bukan ape, jimat masa dan tenaga. Eleh, malas cakap malas. Okelahhh, memang malas. hehe.
Mula-mula nak cerita pasal final exam hda. Perghh, susah bak hang. Sesiapa yang dah like Page hda, hda dah bagitahu tarikh for my final exam. First week, 4 paper sederet ! Oke, itu tipu. Bukan sederet, 2 paper, break, pastuh 2 paper lagi. Keseluruhan okelah for my final. Ade yang sangat susah oke. haish. Memang lah dah tak sabar nak habeh degree, tapi nak tempuh exam tuh yang sakit. hahaha.
Habhe exam, petang tuh hda pergi tengok wayang World War Z ! Ouh ya, hda dah review dah pon movie tuh. Kat sini --> World War Z. Malam tuh hda dengan classmates ade bbq dinner ! Memang have fun sangat sebab buat prank sekali untuk birthday boy bulan 6. Syahir ! Mastermind semua tuh adalah Syalid ! hehe. Hda sebagai pemudah cara jek. cewahhh ! Habeh dye kene siram plus tepung. Tuh lah namenye cekodok tak menjadi. hehe. Here we were !
cc : Izzat Izhaz :)
Baru jek beberapa hari yang lepas. kami ade Bengkel Latihan Industri selama 3 hari. 1 hari setengah di USIM, 1 hari setengah di Lembah Azwen Hulu Langat Selangor. Macammacam kami belajar. Sebab Insyallah kami akan memulakan latihan industri pada bulan 2 tahun hadapan. So, cuti semester nih boleh digunakan untuk mencari tempat dan buat resume cantekcantek bak hang. Haha. Gambar banyak tapi camera fakulti. Students semua sibuk tumpukan perhatian penuh. huhu. Hda jadik emcee kau jahhh. Emcee bidan terjun sebab mempengerusikan majlis tanpa text ! fuyohhh ! ketaq lutot woo ! Tapi takpelah, budak batch hda jek ponn. bhahaha :D
Kem kat Lembah Azwen pon best ! Excited terlebih. Petang tuh kami sampai, briefing sikit, buat bendera dan sesi ice breaking antara group. Yelahh. Hda ade jugak tak kenal budak kos laen. Tetttttt ! Buat malu jek wei sebab almost 3 years masih tak kenal semua orang lagi. haha. Its normal. Students bukan 40, 50, dekat 300 jugak. Itu baru batch hda. Junior lagi ramai -..-'
Malam tuh kami ade night walk. Masuk hutan tuhhh. Pukul 10 baru masuk. Haish. Mula-mula seram jugak. Tapi best kowt sebab bukan masuk sorang-sorang. Jalan ramai-ramai. Hehe. Takdelah takot sangat kannn. Keluar hutan dalam pukul 12 lebih. Pastuh balik, mandi, tidur dalam pukul 2.30 pagi. Pukul 6.30 pagi dah bangun untuk sesi seterusnya. Pagi tuh kami ade mesyuarat Mega iCEPS9. Ape tuh iCEPS9 ?? Hda akan cerita di lain entry. Huhu. Habeh meeting, sarapan dan aktiviti luar ! Repelling dan water confident ! Best giler !! Hda cuba duadua. Sebab repelling tuh tak semua nak cuba mungkin takot kowt. Hda gayat jugak, tapi tak cuba tak syok lah kannn. Paling best water confident sebab hda suka main air ! Hda rasa group kami jelah yang paling excited nak masuk sebab nama group kami , MIZU. Mizu bahasa jepun maksudnya Air. No wonder kann. Tengahari kami dah bertolak balik usim. Ade satu jek gambar. Itu pon dalam hutan :)
cc: FEM's admin
Yey ! thats me ! Macam maen caklempong dah. Ewaahh !
Hari jumaat, hda balik ke Johor. Tiket bas dah beli siapsiap lepas final. Beli online jek. Senang, jimat masa dan tenaga. semuanya dihujung jari anda. Tiket bas hda pukul 10.30 pagi. Tiket bas ira pukul 10 pagi. Syalid dengan asmaa tak beli lagi. Jadi dyorang tak kesah nak bertolak pukul berapa. Jadi kami decide nak bertolak pukul 8 pagi sebab perjalanan dari Nilai ke KL jauh. Pukul 8.35 pagi ira dah naek ktm pergi KL. Lepas tuh hda tunggu syalid dengan asmaa naek train. Sepatutnye ira, syalid dengan asmaa naik satu train. Tapi syalid dengan asmaa nak pergi kedai tujohsebelas dulu tuh yang ira pergi dulu. Hda siap tunggu dengan dyorang, lambai dyorang baru hda bergerak pergi seremban. Train hda dgn dyorang sampai serentak. Tapi hda rilek jelah sebab lame lagi kowt bas hda. So, hda naek jejantas, turun jek tangga terakhir hda dah boleh nampak lampu train hda seterusnya. Memang bersyukur sangat sebab tak payah tunggu lamelame dan takde orang. Sampai ktm seremban, hda jalan perlahanperlahan biar ambik masa sikit, nanti tunggu, melangok pulak. Sampai terminal pukul 9.30 pagi, ade bas Plusliner. Hda tanya, "pakcik, ni bas pukul berapa ?". Pakcik cakap pukul 9.30. Hda pon oke jelah kann. Pastuh pakcik tuh tanya, tiket hda pukul berapa. Hda cakap 10.30 lepas tuh pakcik cakap, naek lahh bas nih. Hda raguragu jugak. Tapi rezeki dah depan mata, naek jelahh ! hahaha. Rezeki lagi dapat naek bas awal sejam :)
Sampai rumah pukul 2.30 ptg. Alhamdulillah. Selamat sampai. :)
Itulah rumusan untuk bulan lepas. Ade drag sikit untuk bulan nih. hehe.
Mintak maaf sebab lame menyepi dan entry kali nih terlalu panjang.
Salam :)
pitstop : rumusan ini dibuat selama 1 jam lebih. Penat pikir ayat. haha :D
yang night walk tu akak takut.. pernah join team building masa akak study dulu, memang seram juga.. hihi..
ReplyDeleteBas plusliner dekat terminal seremban mmg selalu bila ada kosong , dia bg tukar free-free je . :)
ReplyDelete